JANUARI 2024

Projek Hidrogen Berjalan Lancar


KUCHING: Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan menzahirkan rasa puas hati dengan perkembangan projek hidrogen hijau yang dibangunkan di Kidurong, Bintulu.

Beliau berkata, kerajaan akan memberi segala sokongan untuk membolehkan projek berkenaan berjalan lancar.

Awang Tengah yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa, Perindustrian dan Pelaburan Sarawak berkata demikian dalam pertemuannya dengan pengurusan Samsung Engineerng Co Ltd, Lotte Chemical (Korea) dan SEDC Energy Sdn Bhd bagi mengemaskini perkembangan projek yang dicadang itu.

Rombongan dari Korea Selatan itu terdiri daripada Ketua Bahagian Solusi Samsung Engineering, Cheon Hong Park, Ketua Pasukan Hidrogen Lotte Chemical, Han Shin dan Pengarah Projek Pejabat Samsung Kuching (SEDC Energy) Johnny Jeong.

Hadir sama Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa, Perindustrian dan Pelaburan, Datuk Dr Malcolm Mussen Lamoh, wakil Petroleum Sarawak Bhd (PETROS), Sarawak Energy Bhd (SEB) dan InvestSarawak.

Sumber dari : Jiwa Bakti